Monday, September 28, 2009

SELEPAS HARI RAYA

Assalamualaikum,

Hari raya kian berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan Almubarak, tapi Allah itu maha adil, bagi sape yang rasa tak cukup lagi utk menghambakan diri memungut bonus pahala dibulan Ramadhan, masih ada lagi peluang yang kita boleh rebut dibulan Syawal. Puasa 6 hari di bulan Syawal atau biasa kita sebut puasa 6. Banyak dalil2 yang menyatakan puasa 6 hari dibulan Syawal ni banyak fadhilat nya :
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya.
Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.
Jadi, marilah kita sama-sama merebut kelebihan yang ada sebelum ianya berlalu meninggalkan kita.

Friday, September 18, 2009

Cuti Hari Raya

Adalah dimaklumkan bahawa telcenter Rumah Awam Bukit Lintang akan bercuti mulai

Sabtu (19/9/2009) - Rabu (23/9/09). Telecenter akan mula dibuka kepada penggunaan pada Khamis (24/9/2009).

Harap Maklum.

Kelas Bimbingan ICT

Assalamualaikum,

Kepada semua penduduk sekitar Bukit Lintang, khususnya penduduk Rumah Awam Bukit Lintang, dimaklumkan bahawa kelas bimbingan ICT akan mula diadakan selepas hari raya nanti.
Kelas Bimbingan ICT akan bermula pada Isnin (28.9.2009)

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Setiap Hari :
Isnin - Khamis

Sesi 1
Masa : 9:30 pagi- 11:00pagi

Sesi 2 :
Masa : 11:30pagi - 1:00tgh

Untuk maklumat lanjut, sila hadir ke telecenter rumah awam bukit lintang.

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua pengunjung laman ini. Semoga Aidil Fitri kali ini memberikan kerberkatan dalam hidup anda semua.

Di samping kita bergembira, jangan lupa batas-batas sambutan Aidil fitri yang di gariskan oleh agama.

Kepada semua, jauhilah daripada bermain mercun kerana ianya bukan sahaja merbahaya bahkan ianya juga satu pembaziran yang perlu kita elakkan di saat kita menyambut hari lebaran ini.

Kepada yang akan melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah selalu. Patuhi peraturan lalulintas dan arahan pihak berkuasa. Jangan ikutkan emosi kerana memandu dalam emosi menarik energy negatif yang boleh mengundang padah.

Akhir kalam, Selamat hari Raya sekali lagi dan maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 8, 2009

Perjumpaan MITCH

Assalamualaikum,

Mitch ada menghubungi saya dan confirm perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10.09.2009
Masa : 9:00 pagi
tempat : Tingkat 4, Bangunan Inkubator K-Ekonomi

Sekian untuk makluman.

Tuesday, September 1, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2007Karangan budak darjah 4(real one)


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip..
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. . Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah... Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu....Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu..
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

MEETING

Assalamualaikum,

Untuk makluman kepada semua pengurus telecentre, satu perjumpaan akan diadakan pada ketetapan yang berikut. Untuk makluman tuan/puan perjumpaan tersebut akan di hadiri oleh pihak Telekom, Syarikat Bless dan MICTH. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Tarikh : 4 September 2009 ( Jumaat)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Tun Ali, Aras 3, Blok Temenggong
75460 Seri Negeri
Ayer Keroh, Melaka.



Zurina Muhamad
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)

Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

Assalamualaikum,
Selamat menyambut hari kemerdekaan ke 52 dengan harapan setiap kita dapat menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya. Hanya dengan menghayati erti kemerdekaan sahaja kita dapat mempertahankan kemerdekaan yang kita kecapi ini.
Berbagai takrif diberikan. Pada saya, apa sahaja takrifan yang dapat menyedarkan kita tentang erti kemerdekaan ini, harus kita hayati dan pegang supaya kita dapat berjuang untuk mepertahankan kemerdekaan ini berdasarkan kefahaman kita dan bukan sekadar ikut-ikutan semata. Budaya ikut-ikutan ini adalah budaya orang yang kekurangan ilmu (malas mencari ilmu, tidak mahu menerima ilmu, memusuhi ilmu dan sebagainya). Kita mohon perlindungan ilahi, semoga kita termasuk golongan orang-orang yang mencintai ilmu dan melakukan sesuatu berdasarkan ilmu.
Wassalaam.

Friday, August 28, 2009

BATAL LAGI

Assalamualaikum,

Nampaknya perjumpaan hari ni batal juga.
Belum ada berita lagi tentang perjumpaan seterusnya.

terima kasih

REALITI INSAN

Ku layangkan segala anganku

Ku lepaskan semua khayalan jiwaku

Berpijak di bumi yang satu

Memandang tinggi di langit biru



Satu janji di dalam hati

Satu mimpi yang akan ku rai

Harapanku dalam hidup ini

Ku ingin mengapai cita dan cinta



ini bukanlah satu mimpi

atau ilusi dalam jiwa yang sunyi

ini adalah realiti

keyakinan insan yang penuh visi



satu janji di dalam hati

satu mimpi yang akan ku rai

harapanku dalam hidup ini

ku ingin menggapai cita dan cinta



satu satu mimpi

di dalam hidupku ini

satu satu janji

yang ku gapai pasti

Thursday, August 27, 2009

Perjumpaan Dengan Pihak UPEN.

Saya telah dimaklumkan bahawa pihak UPEN telah menyatakan persetujuan untuk berjumpa dengan semua Pengurus Telecenter seperti maklumat berikut

Tarikh: 29 Ogos 2009
Masa : 4:00pm
Tempat : Bilik Tun Teja, UPEN, JKM

Saya akan maklumkan semula sekiranya terdapat perubahan.

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN (part akhir)

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat. Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)


10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah' bagi sahur. Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 278)


11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat. Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.


12) Memasuki Ramadhan dalam keadaan harta masih dipenuhi dengan harta haram, samada terlibat dengan pinjaman rumah, kad kredit, insuran, pelaburan dan kereta secara riba. Ini sudah tentu akan memberi kesan yang amat nyata kepada kualiti ibadah di bulan Ramadhan, kerana status orang terlibat dengan riba adalah sama dengan berperang dengan Allah dan RasulNya, tanpa azam dan usaha untuk mengubahnya dengan segera di bulan 'tanpa Syaitan' ini, bakal menyaksikan potensi besar untuk gagal terus untuk kembali ke pangkal jalan di bulan lain.
Nabi Muhammad menceritakan :-


ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إلى السَّمَاءِ يا رَبِّ يا رَبِّ وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِيَ بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ


Ertinya : menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit : Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku... sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram..Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. ( Riwayat Muslim, no 1015, 2/703 ; hadis sohih)
Justeru, bagaimana Allah mahu memakbulkan doa orang yang berpuasa sedangkan keretanya haram, rumahnya haram, kad kreditnya haram, insurannya haram, simpanan banknya haram, pendapatannya haram?. Benar, kita perlu bersangka baik dengan Allah, tetapi sangka baik tanpa meloloskan diri dari riba yang haram adalah penipuan kata Imam Hasan Al-Basri.


13) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka. Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :-


ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم


Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )
Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.


إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد


Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Semoga mendapat kita semua akan mendapat rahmat. Terima kasih kepada UZAR kerana menulis artikel ini untuk panduan saya dan saudara-saudara sekalian.

Wednesday, August 26, 2009

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN (part 2)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih. Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, ‘ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah. Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.
samb.....

Tuesday, August 25, 2009

Makluman Kepada semua Pengurus Telecenter

Assalamualaikum,

Adalah dimaklumkan bahawa sesi pertemuan dengan UPEN jang dijadualkan pada 26 Ogos 2009, dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Tolong maklumkan kepada rakan-rakan yang lain.
Terima kasih.

KESILAPAN YANG KERAP DILAKUKAN SEPANJANG RAMADHAN

Assalamulaikum,

Hari ini saya ingin berkongsi petikan artikel dari laman web Ustaz Zahirudin Abdul Rahman mengenai kesilapan-kesilapan yang kerap kita lakukan sepanjang Bulan Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun yang lepas. Oleh kerana artikel tersebut panjang, saya akan postkan secara berperingkat setiap hari. Semoga Allah merahmati Ustaz Zahiruddin dan juga kita semua.
Kesilapan Kerap Muslim di Ramadhan
Oleh Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah. Manakala objektif ‘mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112).

Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam. Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain. Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam.

Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18)

يا رسول الله , أي الدعاء أسمع ؟ : قال : جوف الليل الأخير ودبر الصلوات المكتوبة

Ertinya : "Ditanya kepada Nabi (oleh seorang sahabat) : Wahai Rasulullah :" Waktu bilakah doa paling didengari (oleh Allah s.w.t) ; jawab Nabi : Pada hujung malam (waktu sahur) dan selepas solat fardhu" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3494 , Tirmidzi & Al-Qaradhawi : Hadis Hasan ; Lihat Al-Muntaqa , 1/477)
sambung......

Monday, August 24, 2009

Selamat Menyambut Ramdhan Al Mubarak.

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.
1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-
2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-
3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-
4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-
5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-
P/S : Kepada semua pengurus telecenter sila tinggalkan komen anda di sini dengan menulis:
Nama :
Telcenter:
No Telefon TC
No Telefon HP
Ini adalah bertujuan untuk memudahkan perhubungan.

Friday, August 21, 2009

Perjumpaan dengan UPEN

Ambil makluman bahawa perjumpaan anatara Pengurus Telecenter dengan pihak UPEN telah diatur seperti maklumat berikut :

Tarikh : 26 Ogos 2009
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Tun Teja, UPEN

Diharapkan semua pengurus telcenter dapat hadir.

Terima kasih

Wednesday, August 19, 2009

Strategi merapatkan Jurang digital

Rangka strategi Bagi Mencapai penglibatan elektronik (e-inclusion) yang dirangka EPU mempunyai lima teras utama yang melibatkan sembilan kumpulan sasar.
1 Belia
2. Dewasa
3. Orang ASli
4. Masyarakat miskin di bandar dan luar bandar
5. Wanita
6. Kanak2
7. Usahawan
8. Masayarakat luar bandar
9. Orang Kurang Upaya

Antara pelan tindakan yang boleh dilaksanakan secara bebas di peringkat awal adalah:

1. Mempromosikan perkhidmatan online kerajaan
2. Memberikan latihan kepada komuniti setempat mengguna aplikasi transaksi online
3. Membina portal komuniti
4. Melatih masyarakt setempat menggunakan komputer dan internet
5. Memupuk budaya mengguna komputer dan internet dalam kehidupan harian.



MEMBINA KEMAMPUAN KOMUNITI SETEMPAT

Kebolehan asas menggunakan komputer dan internet merupakan syarat utama yang perlu dipenuhi sebelum penglibatan elektronik boleh dicapai.

Antara bidang kemahiran yang perlu dikuasai adalah:

1. Menggunakan komputer
- Boleh mengendalikan komputer dan menggunakan aplikasi ofis asas dengan baik.
2. Komunikasi elektronik
- mempunyai alamat email dan menggunakan email dengan baik
3. Mengguna laman web
Boleh menggunakan browser, emngendalikan laman web dan mencari maklumat asas.

Kemahiran lanjutan:

1. Menjana kandungan melalui blog
Boleh membina blog dan menjadi blogger yang bertanggungjawab
2. Menjana kandungan meelalui WIKI
Boleh membina WIKI dan bekerjasama menghasilkan kandungan
3. Social Networking
Menjalin rangkaian sosial digital seperti melalui Facebook.
4. Aplikasi foto
Boleh mengguna flickr dan lain2.

Hari ketiga kursus

Assalamualaikum,
Hari ini hari terakhir kursus pengendalian telcenter ini.
Kursus hari ini dimulakan dengan excel.
Seterusnya, pendedahan mengenai power point.
Kelihatan semua peserta amat bersemangat dan tidak sabar2 untuk menjalankan tugas di telecenter masing2.
Walaubagaimanapun saya agak kecewa kerana telecenter Bukit Lintang ini masih belum lengkap lagi untuk menjalankan operasinya. Ini disebabkan oleh masalah port internet yang belum sempurna. Saya dimaklumkan oleh pembekal peralatan ICT untuk telecenter, beliau telah memaklumkan kepada pihak TM mengenai masalah tersebut. Sehubungan itu, Telecenter Bukit Lintang hanya boleh beroperasi selepas segala masalah tersebut dapat diselesaikan.
Semoga semua pihak dapat bersabar.

Tuesday, August 18, 2009

Kursus Pengendalian Telecenter

Hari kedua kursus.

Topik yang dipelajari hari ini.

Sesi pagi: Asas penggunaan Ms Word.
Sesi petang : Asas Penggunaan MS Excell

Kemudian peserta didedahkan dengan penggunaan gmail sebagai langkah untuk membangunkan blog khusus bagi Telecenter Bukit Lintang.

Saya akan update teknik pembinaan blog peribadi ini nanti selepas tamat kursus ini.

Monday, August 17, 2009

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum,

Selamat datang ke Telecenter Bukit Lintang.

Telecenter ini akan menjadi pusat kecemerlangan ICT kepada penduduk sekitar khususnya kepada penduduk Bukit Lintang.

Semoga dengan adanya Telecenter ini, semakin ramai rakyat Melaka yang terlibat dengan dunia digital (ICT) yang menjadi pemangkin kepada usaha untuk merealisasikan matlamat Melaka Maju 2010.

Tuan-puan dijemput untuk menggunakan kemudahan yang disediakan secara percuma ini. Telecenter ini bertempat di Balai Raya Rumah Awam Bukit Lintang, Melaka.

Pengurus telecenter ini ialah En Maizal Omar.

Semoga usaha murni ini akan diberkati oleh Allah SWT dan memberikan banyak manfaat kepada kita semua.