Monday, September 28, 2009

SELEPAS HARI RAYA

Assalamualaikum,

Hari raya kian berlalu sebagaimana berlalunya Ramadhan Almubarak, tapi Allah itu maha adil, bagi sape yang rasa tak cukup lagi utk menghambakan diri memungut bonus pahala dibulan Ramadhan, masih ada lagi peluang yang kita boleh rebut dibulan Syawal. Puasa 6 hari di bulan Syawal atau biasa kita sebut puasa 6. Banyak dalil2 yang menyatakan puasa 6 hari dibulan Syawal ni banyak fadhilat nya :
Abu Ayyub al-Ansari r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun." (Riwayat Muslim)
Imam Ahmad dan an-Nasai'e meriwayatkan dari Thauban, Nabi SAW telah bersabda: "Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan (puasa) 10 tahun, sedangkan puasa 6 hari di bulan Syawal, (pahalanya) sebanding dengan puasa 2 bulan, maka itulah bagaikan berpuasa setahun penuh." (Hadis Riwayat Ibu Khuzaimah dan Ibnu Hibban)
Diriwayatkan dalam suatu kisah apabila Rasulullah SAW bersama para Sahabat r.a sedang berada di dalam masjid, ketika sedang Rasulullah SAW mengajarkan ilmu agama kepada para Sahabat, tiba datang seorang perempuan yang amat cantik jelita berjumpa Rasulullah SAW. Kecantikkan perempuan tersebut menyebabkan semua sahabat berpaling ke arahnya. Kemudian, perempuan tersebut menyatakan hasrat agar Rasulullah SAW mengahwinkan dia dengan salah seorang daripada sahabat-sahabat Baginda SAW, tetapi dengan 3 syarat.Syarat pertama ialah bakal suaminya itu tiap-tiap malam mesti mengkhatamkan bacaan al-Quran 30 juzu'. Syarat kedua pula, setiap hari suaminya itu hendaklah sentiasa mendirikan ibadat sepanjang malam, dan syarat ketiga ialah suaminya hendaklah berpuasa setiap hari sepanjang tahun. Maka dengan syarat ini, sahabat-sahabat Nabi SAW yang memiliki hasrat untuk berkahwin dengan perempuan tersebut hilang rasa keinginan itu. Nabi SAW pun menawarkan kepada para sahabat siapa yang sanggup berkahwin dengan perempuan ini. Akhirnya sahabat yang berada jauh ke belakang sanggup berkahwin dengan perempuan tersebut dengan menunaikan ketiga-tiga syarat tersebut.Setelah sahabat tersebut berkahwin dengan perempuan yang cantik jelita itu berbulan-bulan lamanya, akhirnya perempuan itu melihat suaminya itu, semakin hari semakin kurang membaca al-Quran, kurang beribadat pada waktu malam, kurang berpuasa. Lalu dia pun pergi berjumpa Rasulullah SAW menceritakan hal suaminya yang telah mengingkari janjinya. Lalu Rasulullah SAW memanggil sahabat tersebut dan bertanyakan kenapa dia tidak menunaikan janjinya ketika mula-mula ingin mengahwini isterinya itu.Lalu, sahabat tersebut menyatakan Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyatakan bahawa pahala membaca Surah Qul Huwallahu Ahad satu kali menyamai pahala membaca 10 juzu' daripada al-Quran? Jadi aku membacanya sebanyak 3 kali. Rasulullah SAW menjawab: Ya.
Kemudian, Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah menyebut bahawa dengan membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar, maka pahalanya menyamai ibadat sepanjang malam? Rasulullah menjawab: Ya.
Ya Rasulullah: Bukankah engkau pernah bersabda bahawa Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) 6 hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama 1 tahun? Rasulullah menjawab: Ya.
Dengan ketiga-tiga jawapan sahabat tersebut, Rasulullah SAW dan isterinya meraikannya dengan senyuman kesyukuran.
Jadi, marilah kita sama-sama merebut kelebihan yang ada sebelum ianya berlalu meninggalkan kita.

Friday, September 18, 2009

Cuti Hari Raya

Adalah dimaklumkan bahawa telcenter Rumah Awam Bukit Lintang akan bercuti mulai

Sabtu (19/9/2009) - Rabu (23/9/09). Telecenter akan mula dibuka kepada penggunaan pada Khamis (24/9/2009).

Harap Maklum.

Kelas Bimbingan ICT

Assalamualaikum,

Kepada semua penduduk sekitar Bukit Lintang, khususnya penduduk Rumah Awam Bukit Lintang, dimaklumkan bahawa kelas bimbingan ICT akan mula diadakan selepas hari raya nanti.
Kelas Bimbingan ICT akan bermula pada Isnin (28.9.2009)

Jadual kelas adalah seperti berikut:

Setiap Hari :
Isnin - Khamis

Sesi 1
Masa : 9:30 pagi- 11:00pagi

Sesi 2 :
Masa : 11:30pagi - 1:00tgh

Untuk maklumat lanjut, sila hadir ke telecenter rumah awam bukit lintang.

Selamat Menyambut Aidil Fitri

Assalamualaikum,

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Aidil Fitri kepada semua pengunjung laman ini. Semoga Aidil Fitri kali ini memberikan kerberkatan dalam hidup anda semua.

Di samping kita bergembira, jangan lupa batas-batas sambutan Aidil fitri yang di gariskan oleh agama.

Kepada semua, jauhilah daripada bermain mercun kerana ianya bukan sahaja merbahaya bahkan ianya juga satu pembaziran yang perlu kita elakkan di saat kita menyambut hari lebaran ini.

Kepada yang akan melakukan perjalanan untuk pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah selalu. Patuhi peraturan lalulintas dan arahan pihak berkuasa. Jangan ikutkan emosi kerana memandu dalam emosi menarik energy negatif yang boleh mengundang padah.

Akhir kalam, Selamat hari Raya sekali lagi dan maaf zahir dan batin.

Tuesday, September 8, 2009

Perjumpaan MITCH

Assalamualaikum,

Mitch ada menghubungi saya dan confirm perjumpaan akan diadakan seperti berikut:

Tarikh : 10.09.2009
Masa : 9:00 pagi
tempat : Tingkat 4, Bangunan Inkubator K-Ekonomi

Sekian untuk makluman.

Tuesday, September 1, 2009

Karangan Terbaik UPSR 2007Karangan budak darjah 4(real one)


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip..
Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. . Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.
Feri itu terbelah dua.Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah... Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu....Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu..
Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

MEETING

Assalamualaikum,

Untuk makluman kepada semua pengurus telecentre, satu perjumpaan akan diadakan pada ketetapan yang berikut. Untuk makluman tuan/puan perjumpaan tersebut akan di hadiri oleh pihak Telekom, Syarikat Bless dan MICTH. Kerjasama dan kehadiran tuan/puan diucapkan ribuan terima kasih.

Tarikh : 4 September 2009 ( Jumaat)
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Bilik Tun Ali, Aras 3, Blok Temenggong
75460 Seri Negeri
Ayer Keroh, Melaka.



Zurina Muhamad
Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN)